Gbs 2020 – Assalamualaikum. (art.blog)

In Shaa Allah.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Istiqamah Dalam Ketaatan
عَنْ أَبِي عَمْرو وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
Daripada Abu Amru atau digelar juga Abu Amrah Sufian ibn Abdullah RA beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. (HR Muslim No: 38) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seorang Mukmin dituntut agar sentiasa mengambil berat soal iman, dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan iman yang didakwa itu.
2. Istiqamah adalah berpendirian teguh atas kebenaran atau beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah sama ada dalam i’tiqad, kata-kata mahupun perbuatan.
3. Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.
4. Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT meliputi sikap dedikasi, rajin, tidak mudah putus asa, sentiasa menegakkan kebenaran dalam perbuatan seharian.
5. Orang yang istiqamah menunaikan tuntutan iman akan bersama dengan malaikat. Firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ ٣٠
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. [Fushshilat/41:30]
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
24hb Februari 2019
19hb Jamadil Akhir 1440
Assalamualaikum
Satu hari satu ayat
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾
60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(9:60) At Taubah (pengampunan) : 60
Assalamualaikum
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Kartel kluster kayangan.
Masa itu kepunyaan Allah. Berilah lebih masa kepada Allah. Supaya Allah beri lebih masa kepada kita. In Shaa Allah.
Masa itu emas. Alhamdulillah.
Tolong jangan undi PN lagi. In Shaa Allah.
Alhamdullilah..
70 going 80. In Shaa Allah.
Assalamualaikum
Org yg pandai ialah org yg tahu dia tak pandai. Walaupon bergelar professor. Kerana ilmu yang dia ada sangat sedikit berbanding dengan ilmu yg ada pada Allah SWT. In Shaa Allah.
All over the world. Alhamdullilah.
Assalamalaikum.
Berkawan dengan orang yang baik susah nak jahat. In shaa Allah.
In shaa Allah
Bila Allah kabulkan doa, kita kena bersyukur. Kerana itu keinginan kita. Bila Allah tak kabulkan doa, kita kena lebih bersyukur. Kerana itu keinginan Allah. In Shaa Allah.
Bila Allah kabulkan doa, kita kena bersyukur. Kerana itu keinginan kita. Bila Allah tak kabulkan doa, kita kena lebih bersyukur. Kerana itu keinginan Allah. In Shaa Allah.
In Shaa Allah.
Alhamdullilah.
Assalamualaikum.