Buta.

“Tiada arti sebuah kemerdekaan, selagi masih dijajah oleh undang-undang penjajah barat, dan undang-undang Allah belum tertegak”

“Hati yg merdeka ialah hati yg telah fana segala sesuatu selain Allah, dan kekal ia dengan Dzat Allah”

“Serahkanlah dirimu kepada Kehendak dan Pentadbiran Allah, Dia tidak pernah tersalah dan tiada kekurangan dalam perbuatanNya”

Perjuangan belum selesai, jiwa belum merdeka, pemimpin dan rakyat masih terbelenggu dalam ikatan undang-undang penjajah, hukum Tuhan tidak didaulatkan, janji-janji dengan Tuhan tetap diingkari, jangan dilalaikan sehingga bala kemurkaan Tuhan berulang lagi”

“Keinginanmu untuk diketahui orang akan hal-ehwal kerohaniyah dan ibadatmu itu, kerana engkau belum merasai kecukupanmu dengan Allah, cukuplah engkau menyaksikanNya dan Dia menyaksikanmu”

“Jangan merasa aman dengan dirimu, Dia atas tiap-tiap sesuatu amat kuasa, selain Allah bukan tempat harapan dan pergantunganmu”

“Kekuatan jiwa akan menjadi hakmu, apabila engkau kembali menyerahkan dirimu kepada Tuhanmu”

“Kosongkanlah hati dan akalmu daripada segala sesuatu selain Allah, maka akan duduklah engkau serta DzatNya”

“Orang arif tetap berhadap kepada Dzat Allah, tiada berpaling kemana-mana lagi”

“Sebaik-baik hamba ialah yg menyerahkan dirinya kepada Allah, dan ia ridha segala kehendak Allah keatasnya”

“Tiada terlindung Allah dengan sesuatu, kerana Dia-lah yg menyatakan DiriNya pada tiap-tiap sesuatu”

“Tafakur sesaat lebih besar daripada ibadat seribu tahun, iaitu tafakur dalam KeEsaan dan KeAgungan Allah”

“Apabila telah mendalami yakinmu kepada Allah, maka permintaanmu bukan lagi menjadi sebab pemberian Allah kepadamu, bahkan pemberian Allah sebelum wujudmu lagi”

“Zaman wanita telah hilang maruah dan rasa malu, lelaki tiada lagi rasa cemburu, fitnah dajal telah meluas, mati sebelum mati iaitu mati hati sebelum mati jasadnya!”

“Akal dan ilmumu tidak dapat mengenal kebenaran Allah, melainkan dengan petunjuk daripadaNya”

“Kesombongan dan kedengkian hatimu itu menutupi bagimu untuk mengenali kebenaran yg hakiki”

“Sembahyang kena awal waktu, dok boleh buat main-main, sembahyang hujung waktu sokmo, jadi buat mudoh ke Tuhan. Kena jaga sembahyang, dok boleh gopoh-gapah macam ayam catuk beras, dok beradab dengan Tuhan. Sembahyang ialah tempat hina diri, tempat rendah diri, tempat pengaduan, tempat munajat, tempat pengharapan, tempat mitok tolong, tempat menyerah diri, tempat meridhai, tempat mitok ampun, tempat mengadu kasih dan tempat menyata cinta. Kita kena jaga sembahyang, Tuhan jaga kita, jagaan Tuhan mengikut kehendak Dia, bukan mengikut kehendak kita, orang dulu-dulu menangis dalam sembahyang kerana menyata cinta, semoga Allah merahmati dan mengampuni kita”

“Awal perjalanan menuju Tuhan taubat, zikrullah dan himmah mencintai Allah”

“Zikir nafi/isbat, ‘LAA ILAHA ILLA ALLAH’ sebut dengan lidah dan pasang makna dalam hati ‘ TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH’, ialah zikir bagi orang salik pada peringkat nafsu ammarah, maka perbanyakkanlah menyebut zikir ini, semoga Allah memberi petunjukNya”

“Zikir Allah! Allah! didalam hati sesuai bagi orang salik pada peringkat nafsu lawwamah, nafsu yg telah mengkritik diri, maka sebut olehmu Allah! Allah! didalam hati sebanyak yg berdaya dalam duduk, berjalan, baring, dan dalam segala ruang waktu, semoga Allah memberi petunjukNya”

“Dunia, makhluk, nafsu, syaitan menjadi penghalangmu untuk berjalan menuju Tuhan, maka tiada daya upayamu melainkan engkau memohon perlindungan dan pertolongan Allah”

“Karamilah waktu hidupmu dengan zikrullah, sehingga engkau mati ataupun difanakan oleh Allah”

“Baca olehmu istighfar 100x, selawat 100x, surah al-ikhlas 100x muqadimah kepada zikrullah hati yg berkekalan bagi orang salik, semoga menjadi benteng daripada fitnah dajal dalam dirimu”

“Manusia mati sebagaimana dia hidup, maka hiduplah engkau dengan Allah, dan semoga kematianmu juga dengan Allah”

“Amat jarang orang yg hidupnya dalam berzikir dan matinya dalam berzikir”

“Sebab musabab dijadikanNya semata-mata untuk menyatakan DiriNya, kerana keagungan DzatNya tidak terjangkau oleh akal dan nurani manusia”

“Barang kemana engkau berhadap, maka disanalah DzatNya yg paling nyata bagi hati yg dikasyafkan”

“Orang yg tidak berzikir adalah orang yg hatinya mati”

“Jauh perbezaannya diantara orang yg berselawat kerana kelebihan Nabi dengan orang yg berselawat menuntut kelebihan diri”

“Jangan engkau hanya menilai zahir perbuatannya, bahkan batinnya itulah nilaian kebenaran yg hakiki”

“Jangan engkau menuntut balasan dunia atau akhirat atas amalmu, kerana engkau diciptakan untuk bukti kesetiaan dan kejujuran cintamu, dan perkenalanmu kepada Allah”

“Berzikirlah sehingga Tuhan menyatakan zikirNya”

“Tetaplah engkau diatas taubat kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”

“Berjalanlah dalam cintaNya dengan sabar, bergantung dan menyerahkan dirimu kepadaNya”


“Tujuan daripada zikrullah itu ialah untuk menyucikan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah”

“Tetaplah berhadap kepada KU, jangan engkau persoalkan kehendak perbuatanKU”

“AKUlah Pencipta segala sesuatu, maka agungkanlah KeagunganKU”

_BUTA SELAIN ALLAH

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s